say something

Saturday, August 6, 2011

Pandangan Syari’at Berkenaan Pemeliharaan Janggut

Hukum Berjanggut Dan Mencukur Misai:

Berjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:

قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى

(سورة طه : 94)

Terjemahannya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. "(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.



Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:



أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى

(رواه أحمد)



Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.

(Hadits riwayat Ahmad)





روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية

(رواه ابن ابي شيبة)



Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "

(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)





Menurut kata al-Imam al-bukhari:



كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلد



Maksudnya: Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524)



Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.



PERINTAH MEMELIHARA JANGGUT DATANGNYA DARI ALLAH



Setiap penentuan hukum-ahkam yang terdapat di dalam syara datangnya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang disampaikan oleh RasulNya kepada umatnya. Semuanya telah sempurna, lengkap dan jelas. Sama ada yang haram, yang halal atau yang wajib. Orang-orang yang beriman wajib mentaati atau mematuhi setiap penentuan Allah dan RasulNya sekalipun hanya satu kalimah atau satu huruf. Maka berjanggut adalah termasuk suruhan yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya sekalipun ada yang menyangka ia hanya suruhan yang sunnah.



Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman membantah, kerana sesiapa yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya walau sekecil manapun maka mereka berdosa atau paling kecil akibatnya dibenci (makruh) oleh Allah. Namun, jika sekiranya ia berupa suruhan yang wajib, maka ditakuti jika sengaja ditinggalkan akan ditimpakan laknat dari langit sebagaimana nasib Iblis yang ingkar terhadap perintah Allah.



Berjanggut adalah perintah Allah. Bukan gaya fesyen atau adat orang Arab, bukan kerana tidak ada pisau cukur, malas bercukur atau kerana sebab-sebab yang lain. Secara fitrah, semua orang-orang lelaki lazimnya berjanggut dan tidak pula berlaku kepada perempuan, oleh kerana itu hukum kewajipan berjanggut hanya diwajibkan kepada lelaki sahaja.



Mungkin ramai tidak memberi perhatian tentang hukum berjanggut kerana dianggap sunnah yang ringan hukumnya. Mereka tidak tahu bahawa di sisi syariat tidak ada perkara yang kecil jika dibandingkan dengan perihal dunia. Hanya kejahilan sahaja menilai hukum syariat sebagai remeh. Allah berfirman:

وَتَحْسَبُوْنَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللهِ عَظِيْمٌ



“Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14)



Ayat ini ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir: “Bahawa Allah Ta’ala berfirman memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman dengan-Nya dan dengan Rasul-Nya agar mematuhi seluruh suruhan Islam, syariat-syariat-Nya, mengambil seluruh perintah-Nya dan meninggalkan seluruh larangan-larangan-Nya mengikut apa yang mereka sanggupi (terdaya)”.



SYARA’ MEMERINTAHKAN MEMELIHARA JANGGUT DAN JAMBANG



Terdapat banyak hadis-hadis sahih dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang. Memerintahkan agar orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka. Adapun pengharaman dari mencukur atau memotong janggut ialah sabda Rasulullah:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.



"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". (Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. Nashiruddin al-Albani. Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

وَعَنْ اَبِي اِمَامَة : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَصُّوا سِبَالَكُمْ وَوَفِّرُوْا عَثَانِيْنَكُمْ وَخَالِفُوا أهْلَ الْكِتَابِ. حديث صحيح رواه أحمد والطبراني

"Dari Abi Imamah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani. Hadis sahih)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ وَمِنْهَا قَصُّ الشَّارِبَ وَاِعْفَاءِ اللِّحْيَة. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والترمزي والنسائى وابن ماجه.



"Dari ‘Aisyah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmizi, An-Nasaii dan Ibn Majah)



Kalimah al-i’fa (الاعفاء) di dalam hadis-hadis di atas bermaksud:

هُوَ التَّرْكُ مِنْ عَفَا الشَّيْءِ اِذَا زَادَ وَكَثُرَ

“Al-i’fa ialah membiarkan (meninggalkan). Iaitu membiarkan sehingga bertambah banyak”. (Lihat: Al-Libas wa-Zinatu fi as-Syariah al-Islamiyah, Dr. Muhammad Abdulaziz ‘Amr)



Apabila kalimah i’fa sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang lalu dikaitkan dengan janggut, ia memberi isyarat agar dibiarkan janggut tidak dicukur.



MENGIMANI SUNNAH



Individu yang mengimani hadis ini pastinya mentaatinya kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir, sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka.



Baginda melarang pula dari memelihara (memanjangkan) misai (kumis). Diharamkan memelihara misai kemudian mencukur janggut kerana ia jelas menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir. Motif utama dari larangan baginda agar orang-orang beriman dapat mengekalkan sunnah dan mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika dan tata-cara orang-orang kafir.



Melalui pengharaman yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melalui hadis-hadis baginda, amat sukar untuk menolak atau menafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini, kerana terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.



Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadis-hadis baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني

"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ أهْلَ الشِّرْكَ يَعفُونَ شَوَارِبَهُمْ وَيَحفُونَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُواهُمْ فَاعْفُوا اللِّحَى وَاحْفُوا الشَّوَارِبَ. رواه البزار

"Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوا الْمَجُوسَ لاَنَّهُمْ كَانُوْا يُقصِرُوْنَ لِحَاهُمْ وَيُطَوِّلُوْنَ الشَّوَارِبَ. رواه المسلم

"Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka". (Hadis Riwayat Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوْا اللِّحَى. وفِى رِوَايَةٍ : وَانْهَكُوا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا اللِّحَي. رواه البخاري

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah. 208)

عَنْ أبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ: مِنْ فِطْرَةِ الاِسْلاَمِ اَخْذ الشَّوَارِبَ وَاِعْفَاء اللِّحَي فَاِنَّ الْمَجُوْسَ تحَفى شَوَارِبَهَاوَتحْفِى لِـحَاهَا فَخَالِفُواهُمْ خُذُوا شَوَارِبَكُمْ وَاعْفُوالِحَاكُمْ. رواه ابن حبان

Dari Abi Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : ذُكِرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَجُوْس فَقَالَ : اِنَّهُمْ يُوَفِّرُوْنَ سِبَالَهُمْ وَيُحْلِقُوْنَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُوْهُمْ. رواه البيهقي

"Dari Abdullah bin Umar berkata: Pernah disebut kepada Rasulullah salllalahu ‘alaihi wa-sallam seorang Majusi maka beliau bersabda: Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

عَنِ ابْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : اُمِرْنَا بِاِعْفَاءِ اللِّحْيَةَ. رواه مسلم



"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut". (Hadis Riwayat Muslim)

عَنْ أبـِيْ هُرَيـْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : جُزُّْوا الشَّوَارِبَ وَاَرْخُوْا اللِّحَى رواه مسلم

"Dari Abi Hurairah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Muslim)

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَعْفُوْا اللِّحَى وَجزُّوْا الشَّوَارِبَ وَلاَ تَشَبَّهُوْا بِالْيَهُود وَالنَّصَارَى. رواه أحمد

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (Hadis Riwayat Ahmad)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ ، اَعْفُوْا اللِّحَى



"Dari Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)



Artikel ini penulis petik dari fiqh-sunnah.blogspot dan laman web sistem pengurusan fatwa USIM Read More ..

Alasan berpoligami kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW, RELEVAN ke?

"Keputusan mahkamah Indonesia, Mahkamah Konstitusi (MK) tentang hak Poligami yang menyatakan bahawa hidup berpoligami tidak bertentangan dengan undang undang Negara dan boleh dilakukan dengan beberapa syarat, seperti mendapat izin dari isteri pertama dan hakim, telah menimbulkan polemik tersendiri. Di satu sudut yang berlainan, yang berpandangan poligami halal dilakukan tanpa adanya syarat mendapatkan izin isteri pertama dan hakim mengingat hal itu tidak disyaratkan oleh Islam.

Ada juga yang berpandangan bahawa poligami hanya akan menambah penderitaan perempuan.Usah kita fikir semua itu, maka ada baiknya kita mengkaji dan melihat kembali perjalanan hidup Rasulullah SAW, seorang manusia yang menjadi teladan terbaik sepanjang zaman. Rasulullah berpoligami, namun pada situasi dan keadaan yang sangat khusus. Poligami Rasulullah dalam sirah disebutkan, Rasulullah mengakhiri masa bujangnya di usia 25 tahun dengan mengawini seorang perempuan mulia bernama Khadijah binti Khuwalid yang saat itu merupakan seorang janda empat anak dari perkawinan sebelumnya dan telah berusia 40 tahun. Ini adalah pernikahan yang ditunjuk Allah kerana Khadijah merupakan wanita mulia dan yang pertama memeluk Islam. Dari Rasulullah SAW, Khadijah mendapat 6 orang anak lagi.

Rasulullah menjalani monogami (tidak berpoligami) selama 25 tahun bersama Khadijah. Tidak ada satu pun petunjuk bahawa selama bersama Khadijah, Rasulullah pernah menyatakan niat untuk melakukan poligami atau tergoda dengan perempuan lain. Kesetiaan terhadap Khadijah selama 25 tahun masa pernikahan hingga Khadijah wafat. Jika Rasulullah mahu berpoligami di masa itu, di saat masih muda, tentu Rasulullah akan melakukannya.Pernah juga sejumlah pemimpin suku Quraisy merayu kepada Beliau dengan tawaran perempuan-perempuan paling cantik seantero Arab agar Rasulullah menghentikan dakwahnya. Tawaran yang di masa ini sangat menggiurkan, sebuah tawaran yang banyak sekali boleh menjatuhkan institusi, Raja, Presiden, dan bangsawan dari kerursi kekuasaannya.

Namun tidak membuatkan Rasulullah tergoda.Rasulullah tetap setia pada Khadijah dan Dakwah Islam. Ketika Khadijah wafat di kala Rasulullah berusia 50 tahun, seketika waktu dilalui Rasulullah dengan menduda. Di usia beliau mengjangkau 51 atau ada yang berpendapat 52 tahun, Rasulullah mengakhiri masa dudanya dengan menikahi Aisyah yang baru berusia 9 tahun (ada catatan lain yang mengatakan Aisyah ketika dinikahi Rasulullah berusia 19 tahun). Namun pernikahan dengan Aisyah ini baru disempurnakan ketika Beliau hijrah ke Madinah. Setelah dengan Aisyah, Rasulullah yang telah berusia 56 tahun berkahwin lagi dengan Saudah binti Zam’ah, seorang janda berusia 70 tahun dengan 12 orang anak. Setelah dari Saudah, Rasulullah kembali menikah dengan Zainab binti Jahsyi, janda berusia 45 tahun, lalu dengan Ummu Salamah (janda berusia 62 tahun). Di waktu usia mencecah 57 tahun, Rasulullah kembali berkahwin dengan Ummu Habibah (janda 47 tahun), dan Juwairiyah binti Al-Harits (janda berusia 65 tahun yang telah mempunyai 17 anak).

Setahun kemudian Rasulullah kembali menikahi Shafiyah binti Hayyi Akhtab (janda berusia 53 tahun dengan 10 orang anak), Maimunah binti Al-Harits (janda berusia 63 tahun), dan Zainab binti Harits (Janda 50 tahun yang banyak memelihara anak-anak yatim dan orang-orang yang lemah).Setahun kemudian, Rasulullah menikah lagi dengan Mariyah binti Al-Kibtiyah (gadis 25 tahun yang dimerdekakan), lalu Hafshah binti Umar bin Khattab (janda 35 tahun), dan ketika berusia 61 tahun itulah Rasulullah baru menyempurnakan pernikahannya dengan Aisyah, saat mereka telah hijrah ke Madinah.

Dalam setiap pernikahan poligami yang dilakukan Rasulullah SAW terdapat keistimewaan-keistimewaan dan situasi khusus sehingga Allah mengizinkan Beliau untuk itu.Dari segala catatan yang ada, tidak pernah ada satu catatan pun yang mengatakan bahawa pernikahan poligami yang dilakukan Rasulullah disebabkan Rasulullah ingin menjaga kesuciannya dari perzinaan atau dari segala hal yang berkaitan dengan hawa nafsu.Maha Suci Allah dan Rasul-Nya. Alasan yang banyak dikemukakan para poligami sekarang ini dalam melakukan kehidupan poligami adalah untuk menjaga kesucian mereka dari perzinaan. Ini tentu tidak salah. Hanya dengan memiliki isteri lebih dari satu, hal itu bukanlah jaminan bahawa seorang lelaki telah bebas dari godaan perempuan lain.

Rasulullah SAW tidak pernah menjadikan alasan ini untuk berpoligami.Dalam artikel ini akan memaparkan satu-persatu keistimewaan perkahwinan poligami Rasulullah SAW, yang dilakukan bukan kerana desakan hawa nafsu, bukan supaya tidak tergoda lagi dengan perempuan lain, bukan untuk alasan menjaga syahwat, dan sebagainya. Tujuan poligami Rasulullah SAW memiliki landasan yang lebih agung dan mulia. Bukan sekadar alasan yang dicari-cari supaya dapat berkahwin lagi.

Sepeninggalan Khadijah R. A., Rasulullah SAW sangat bersedih hati. Namun kesedihan ini tidak dipendam lama kerana dakwah Islam yang masih berusia sangat muda memerlukan semangat yang sangat tinggi. Sebab itu, Rasulullah SAW memerlukan pendamping hidup sepeninggal Khadijah r. A. Maka atas izin Allah SWT, Beliau berkahwin kembali. Inilah keutamaan pernikahan-pernikahan yang dilakukan Rasulullah SAW sepeninggal Khadijah r. A. Seperti yang ditulis olehDr. M. Syafii Antonio, dalam buku “The Super Leader Super Manager: Learn How to Succeed in Business; Life From The Best Example” (ProLM; Ogos 2007). Inilah petikannya:

Saudah binti Zum’ah Ketika dilamar Rasulullah SAW, Saudah telah berusia 70 tahun dengan 12 anak. Perempuan berkulit hitam dari Sudan ini merupakan janda dari sahabat Nabi bernama As-Sukran bin Amral Al-Anshari yang menemui syahid kerana menjadikan dirinya sebagai perisai hidup bagi Rasulullah di medan perang. Rasulullah ketika melamar Saudah telah berusia 56 tahun menikahi wanita itu supaya Saudah boleh menjaga keimanannya dan terhindar dari gangguan kaum Musyirikin yang tengah memusuhi umat Islam yang ketika itu masih sangat sedikit jumlahnya.Tidak lama setelah menikahi Saudah, Rasulullah mendapat perintah dari allah SWT untuk menikahi Zainab binti Jahsy, seorang janda berusia 45 tahun yang berasal dari keluarga terhormat.

Pernikahan dengan Zainab ini merupakan suatu pelaksanaan perintah Allah SWT bahawa pernikahan haruslah sekufu. Zainab merupakan bekas isteri Zaid bin Haritsah.



Ummu Salamah binti Abu Umayyah Setelah menikahi Saudah dan Zainab, Rasulullah kembali mendapat perintah Allah SWT agar menikahi puteri dari bibinya yang pandai mengajar dan juga pandai berpidato. Ummu Salamah binti Abu Umayyah, seorang janda berusia 62 tahun. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, Ummu Salamah banyak membantu Nabi dalam medan dakwah dan pendidikan bagi kaum perempuan.



Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan

Dalam pengembangan dakwah Islam yang masih sangat terbatas, umat Islam mendapat dugaan ketika salah seorang darinya, Ubaidillah bin Jahsy, murtad dan menjadi seorang Nasrani. Secara syar’i, murtadnya Ubaidillah ini menyebabkan haram dan putusnya ikatan suami-isteri dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan. Untuk menyelamatkan akidah janda berusia 47 tahun ini, Rasulullah mengambil langkah cepat dengan menikahi Ummu Habibah. Kelak langkah Rasulullah SAW ini terbukti tepat dengan aktifnya Ummu Habibah di dalam memperjuangkan Islam.



Juwairiyyah binti Al-Harits al-Khuzaiyyah

Juwairiyyah adalah seorang janda berusia 65 tahun dengan 17 anak. Perempuan ini merupakan hamba dan tawanan perang yang dibebaskan Rasulullah. Setelah dibebaskan Rasulullah SAW, Juwairiyyah dengan ke-17 orang anaknya tentu akan kebingungan kerana dia tidak memiliki seorang saudara mara pun. Allah SWT memerintahkan Nabi SAW agar menikahi perempuan ini sebagai petunjuk agar manusia membebaskan hamba dan memerdekakannya dari perhambaan.



Shafiyyah binti Hayyi Akhtab

Setahun setelahnya, ketika berusia 58 tahun, Rasulullah kembali berkahwin dengan Shafiyah binti Hayyi Akhtab, yang telah menjada 2 kali berusia 53 tahun dan memiliki 10 orang anak dari pernikahan sebelumnya. Shafiyyah merupakan seorang perempuan Muslimah dari kabilah Yahudi Bani Nadhir. KeIslaman Shafiyyah diboikot orang-orang Yahudi lainnya. Untuk menolong janda tua dengan 10 orang anak inilah Rasulullah SAW menikahinya.



Maimunah binti Al-Harits

Dakwah Islam tidak hanya diperuntukkan untuk orang-orang Arab sahaja, tetapi juga kepada manusia lainnya termasuk kepada orang-orang Yahudi. Sebab itu, Rasulullah kemudian menikahi Maimunah binti Al-Harits, seorang janda berusia 63 tahun, yang berasal dari kabilah Yahudi Bani Kinanah. Pernikahan ini dilakukan semata-mata untuk mengembangkan dakwah Islam di kalangan Yahudi Bani Nadhir.



Zainab binti Khuzaimah bin Harits

Zainab binti Khuzaimah merupakan seorang janda bersuia 50 tahun yang sangat dermawan dan banyak menjaga anak-anak yatim, orang-orang yang lemah, serta para fakir miskin di rumahnya, sehingga masyarakat sekitar memanggilnya sebagai “Ibu Fakir Miskin”. Dengan pernikahannya ini, Rasulullah ingin mencontohkan kepada umat-Nya agar bersama-sama menjaga dan menghormati hak hak anak-anak yatim dan orang-orang lemah.



Mariyah al-Kibtiyyah

Setelah lapan pernikahannya dengan janda-janda tua yang mempunyai ramai anak, barulah Rasulullah SAW menikahi seorang gadis bernama Mariyah al-Kibtiyah. Namun pernikahannya ini pun bertujuan untuk memerdekakan Mariyah dan menjaga iman Islamnya. Mariyah merupakan seorang hamba berusia 25 tahun yang dihadiahkan oleh Raja Muqauqis dari Iskandariyah Mesir.



Hafshah binti Umar bin Khattab

Dia merupakan puteri Umar bin Khattab, seorang janda pahlawan perang Uhud yang telah berusia 35 tahun. Allah SWT memerintahkan Rasulullah untuk menikahi perempuan mulia ini kerana Hafshah merupakan salah seorang perempuan pertama di dalam Islam yang hafal seluruh surah dan ayat al-Qur’an (Hafidzah). Pernikahan ini dimaksudkan agar kandungan dan keaslian al-Qur’an tetap terjaga.



Aisyah binti Abu Bakar

Anak kepada Abu Bakar As-Shiddiq ini merupakan seorang perempuan muda yang cantik, cerdas, dan penuh izzah. Allah SWT memerintahkan Rasululah SAW agar menikahi gadis ini.



Pernikahan Rasululah dengan Aisyah r. A. Merupakan perintah langsung Allah SWT kepada Rasulullah SAW setelah mendapat mimpi yang sama tiga malam berturut-turut

(Hadits Bukhari Muslim)



Penafian Aisyah dikahwini semasa usia 9 tahun





Tentang usia pernikahan Aisyah yang katanya masih berusia 9 tahun ini hanya berdasar satu hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Hisyam bin ‘Urwah ketika beliau sudah ada di Iraq, dalam usia yang sangat tua dan daya ingatnya sudah jauh menurun. Mengenai Hisyam, Ya’qub ibn Syaibah berkata, “Apa yang dituturkan oleh Hisyam tidak diragui, kecuali setelah beliau berpindah ke Iraq. ” Malik ibnu anas pun menolak segala penuturan Hisyam yang sudah berada di Iraq.



Hadits dhaif ini sengaja dibesar-besarkan oleh para orientalis untuk menjatuhkan martabat Rasulullah SAW. Padahal menurut kajian-kajian al-Maktabah Al-Athriyyah (jilid 4 hal 301) dan juga kajian perjalanan hidup keluarga dan anak-anak dari Abu Bakar Ash-Shiddiq, maka akan diperoleh keterangan kuat bahawa Asiyah sesungguhnya telah berusia 19-20 tahun ketika berkahwin dengan Rasululah SAW. Suatu usia yang cukup matang untuk mendirikan rumah tangga.



Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih jauh tentang hal ini silakan merujuk Tarikh al-Mamluk Muassasah al-Risalah (Jilid. 2 hal. 289) dari Al-Zahabi, dan sumber-sumber ini dituliskan kembali oleh Dr. M. Syafii Antonio, M. Ec dalam buku “The Super Leader Super Manager: Learn How to Succeed in Business; Life From The Best Example” (ProLM; Ogos 2007). Jadi tidak benar tuduhan dan fitnah para orientalis bahawa Rasulullah menikahi Aisyah di waktu gadis itu masih berusia sangat muda. (Jilid 4, hal. 50) dari at-Thabari,



Inilah pernikahan-pernikahan agung yang dilakukan Rasulullah SAW. Beliau banyak berkahwin dengan janda tua yang mempunyai ramai anak sebelum berkahwin dengan dua gadis (Mariyyah dan Aisyah), itu pun atas perintah Allah SWT. Poligami yang diajarkan, yang disunnahkan Rasulullah SAW adalah poligami yang berdasarkan syariat yang sejati, bukan berdasar akal-akalan, bukan berdasarkan syahwat yang berlindung di balik ayat-ayat Allah SWT.



Jika sekarang ini ramai orang Islam yang melakukan poligami, mengambil isteri kedua, isteri ketiga, dan isteri keempat, yang semuanya masih gadis, cantik, muda usia, dan sesungguhnya mereka tidak berada dalam keadaan yang memerlukan poligami. Adakah poligami yang demikian itu sesuai dengan poligami yang dilakukan dan dijalani Rasululah SAW? Silakan tanya pada hati nurani masing-masing, kerana hati nurani tidak pernah mampu untuk berbohong.





Wallahu’alam.



SUMBER : http://zharifalimin.blogspot.com/2009/11/rasulullah-baru-poligami-di-usia-51.html Read More ..

TARIKH SEBENAR ISRA' MIKRAJ

Umat Islam di Malaysia umum mengetahui bahawa 27 Rajab dikatakan adalah tarikh berlakunya peristiwa agung Isra' dan Mi'raj,namun ramai yang kurang menyedari bahawa tarikh ini bukanlah sepakat dalam kalangan 'ulama, untuk penjelasan lebih lanjut, saya petik rumusan yang telah dibuat oleh panel Fiqh Al-Ahkam.net ketika menjawab satu persoalan berkenaan isu ini:


1) Tarikh dan waktu Isra’ wa Mi’raj adalah khilaf. Terdapat 10 pendapat yg disimpulkan oleh al Faqih al Hafidz al Imam Ibn Hajar Asqalani (Imam Ahmad bin Ali bin Muhammad al Kinaani al Asqalani (w. 852H) dalam masterpiecenya, Fathul Bari: 7/203)



a. Setahun sebelum Hijrah pada bulan Rabi’ul Awwal. Pendapat Ibn Sa’ad dan dirajihkan (diperkuatkan) oleh Imam syaraf Muhyiddin an Nawawi asy Syafi’iy;



b. 8 bulan sebelum Hijrah pada bulan Rajab. Pendapat Ibn Hazm al Andalusi;



c. 6 bulan sebelum Hijrah pada bulan Ramadhan. Pendapat Abu ar Rabi’ bin Salim



d. 11 bulan sebelum Hijrah pada bulan Rabiu'l akhir. Pendapat Ibrahim bin Isyhaq alHarbi. Dirajihkan oleh Ibn Munayyir



e. 14 bulan sebelum Hijrah –Jamadil Awwal (Imam Ibn Abdil Barr)



f. 15 bulan sebelum Hijrah – Jamadil Akhir (Ibn Faaris)



g. 17 bulan sebelum Hijrah – pada bulan Sya’ban (as Suddi)



h. 18 bulan sebelum Hijrah – bulan Ramadhan (Ibn Sa’ad, Ibn Abdil Barr)



i. 3 tahun sebelum Hijrah – bulan Rajab (Ibn Atsir)



j. 5 tahun sebelum Hijrah – bulan Rajab (Imam az Zuhri; dirajihkan oleh al Qadhi ‘Iyadh)



Tahqiqan:



a. Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (al Hafidz Ibn Qayyim (murid Ibn Taymiyah), Zaad alMa’ad: 1/57): “ tidak ada dalil yg ma’lum mengenai bulan dan tanggalnya (tarikhnya) secara tepat/precise.”



b. Imam al Hafidz Abu Syaamah (alBa’iths/171): “ Para ahli Hikayat menyebutkan peristiwa itu terjadi pada bulan Rajab. Menurut ahli ta’dil dan jarh (ulama’ Hadis) hal itu merupakan kedustaan.



Menjawab soalan anda: manakah pendapat yg rajih? Tidak ada pendapat yg rajih kerana jalur beritanya terputus dan diperselisihkan.

Apakah mengetahui tarikh berlaku peristiwa ini suatu tuntutan agama? TIDAK. Wallahu'alam Read More ..

Keutamaan Solat Sunat Witir

Ramai yang menyangka solat witir hanya khusus dalam ramadhan sebagaimana solat tarawih, tetapi tahukah anda, solat witir mempunyai keutamaan sehinggakan para 'ulama berpendirian bahawa solat sunat witir adalah solat sunnah muakkadah (sangat ditekankan), berdasarkan hadith Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

عن أبى هريرة قال: (أوصاني خليلي بثلاث: بصيام ثلاثة أيام في كل شهر وركعتي الضحى وأن أوتر قبل أن أنام) رواه البخاري ومسلم

Abu Hurairah berkata: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.


Berikut antara hadith yang menunjukkan keutamaan solat sunat witir, malah jumhur 'ulama menyatakan perlunya qadha jika tertinggal solat sunat witir berdasarkan hadith Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
" من نام عن وتره أو نسيه فليصله إذا ذكره " أخرجه أبو داود

"Barangsiapa yang meninggalkan witir kerana tertidur atau terlupa maka dirikanlah selepas kamu mengingatinya"


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah berkata dalam kitabnya Majmu' Fatawa “Solat Witir adalah sunnah muakkadah, berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin. Barangsiapa yang terus-menerus meninggalkannya, maka persaksiannya ditolak (tidak diterima).”

Jadi ayuh sahabat-sahabat kita melazimkan diri untuk solat sunat witir sebelum tidur sebagai penutup kepada amalan kita seharian...

Sumber Asal:

[Disalin dari buku Menuntut Ilmu Jalan Menuju Surga “Panduan Menuntut Ilmu”, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, PO BOX 264 – Bogor 16001 Jawa Barat – Indonesia, Cetakan Pertama Rabi’uts Tsani 1428H/April 2007M]

http://almanhaj.or.id/content/2360/slash/0 Read More ..

Wes Suwi....

Sejak grad dari UM, Blog ini sunyi daripada posting-posting yang baru.. Jadi sudah tiba masanya untuk blog ini dikemaskini, untuk posting yang akan datang, Admin akan post kan artikel-artikel yang pernah Admin post di laman FB Admin..

Untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung blog ini, bukan semua artikel-artikel dalam blog ini adalah hasil tulisan Admin, ada yang Admin ambil daripada blog-blog dan laman web yang lain untuk Admin kongsikan dalam blog ini, Admin rasakan tulisan-tulisan mereka ini menarik malah isu-isu yang dibincangkan juga unik, dan apa yang lebih penting mereka sulam hujah-hujah dan point-point mereka dengan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah.

Admin masih ingat lagi pesan penyelia admin, Dr. Faisal Ahmad Shah pada admin sewaktu menyiapkan Latihan Ilmiah di UM dulu..
" Jika kita petik kata-kata atau pinjam sesuatu daripada tulisan orang lain, wajib nyatakan sumber sebagai meraikan penulis asal yang bersusah-payah memerah fikiran untuk menghasilkannya, ia adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu, dan jauhi plagiat"

Jadi setiap artikel yang bukan milik admin, akan admin nyatakan sumbernya....
Insyaallah 'ala kulli hal
Read More ..